Entry: Raja Gambus meninggal dunia Friday, May 12, 2006



Raja Gambus meninggal dunia

Ulasan oleh Anakmuar

Fadhil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raja Gambus yang merupakan anak kelahiran Muar, meninggal dunia pada hari Rabu yang lalu (10/5/2006).

Pemergian bekas pensyarah muzik gambus Akademi Seni Kebangsaan ini merupakan suatu kehilangan besar bukan sahaja kepada warga Muar tetapi kepada seluruh Malaysia.

Arwah yang mula menjinakkan diri dengan alat muzik gambus bermula  pada usia 17 tahun telah membina nama dengan kumpulan Sri Maharani yang ditubuhkan pada tahun 1971.

Arwah pernah mencipta dan mempopularkan beberapa lagu beliau seperti "Si Dia Datang", "Joget Empat Dara", "Joget Secawan Kopi", "Joget Memikat Janda", "Terkenang Si Dia" dan "Si Cantik Manis".

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments