Entry: Nostalgia Sejarah Muar Friday, April 21, 2006



Pusaka Peninggalan Sejarah Muar

(Bernama)

MUAR: Raja Jalan Raya! Memang benar kenyataan tersebut tetapi ia suatu ketika dulu. Kemajuan Muar menyebabkan Beca hanya sebagai pusaka peninggalan sejarah yang masih tinggal pada hari ini.

Hanya segelintir dari kita sahaja yang 'menyewa' beca kerana terdapat perbagai lagi kenderaan alternatif yang lebih laju dan cepat seperti bas dan teksi.

Sedekad yang lalu terdapat beratus-ratus beca di Muar tetapi kini hanya kira-kira 25 buah sahaja yang tinggal dan bergerak di jalanan.

Bernama yang meninjau situasi ini mendapati pengayuh beca yang masih setia terdiri dari mereka yang berada di penghujung garisan usia.

Termenung menanti pelanggan yang tidak kunjung tiba (Bernama)

Atan Said, walaupun telah berusia 72 tahun tetapi beliau masih mengayuh beca untuk mencari rezeki.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pengayuh beca semasa penjajahan Jepun.

"Pada suatu masa, terdapat 600 hingga 700 pengayuh beca di Muar. Kami menghantar penumpang ke mana-mana destinasi yang mereka mahu." ujar beliau yang merupakan anak kelahiran Muar, yang mengenakan bayaran RM3 untuk setiap perjalanan.

"Sekarang agak susah, orang lebih suka bas dan teksi. Nak dapat RM10 pun susah. Kadang-kadang tak ada langsung" katanya lagi.

"Beca ini adalah juga rumah saya. Saya tak ada rumah. Saya tak ada pendapatan tetap. Hanya mengharapkan ikhsan orang," katanya. (Bernama)

Lapan puluh tahun, Atan Mohamad berkata kehidupan sebagai pengayuh beca sememangnya sukar.

“Saya dah kerja begini sejak 1942. Setiap seorang penarik beca boleh memperolehi RM sehari suatu ketika dulu.". 

“Sekarang nak dapat RM10 pun susah. Kadang-kadang tak ada. Macamana nak hidup,” kata anak kelahiran Johor Baru yang kini hidup sendirian setelah kematian isterinya tidak lama dahulu.

Bagi Atan, beca tersebut juga nerupakan rumahnya.

"Beca ini adalah juga rumah saya. Saya tak ada rumah. Saya tak ada pendapatan tetap. Hanya mengharapkan ikhsan orang," katanya.

Cerita berbeza bagi 60-tahun Shukri Zuhani, yang berasal dari Rengit, Pontian. Beliau bekerja sebagai pengayuh beca di waktu siang dan menjual satay di waktu malam.

"Pendapatan pengayuh beca adalah bermusim. Bila ada perayaan, beliau boleh memperolehi RM20 sehari," katanya.

Shukri berharap kenaikan harga minyak akan menyebabkan penduduk Muar dan pelancong lebih kerap mengunakan beca untuk bergerak.

Keunikan beca Muar telah memberi idea untuk pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Muar membina replika beca setinggi 7 meter di Kawasan Rekreasi Kesang tidak jauh dari bandar Maharani Muar. Ia kini menjadi tarikan utama pengunjung.

ADUN Maharani, Datuk Mohd Ismail Mohd Shah, meminta kerajaan negeri untuk memelihara kewujudan pengayuh beca sebagai sebahagian keunikan sejarah Bandar Muar.

“Beca di Muar adalah unik dan mempunyai sejarah yang perbagai."

"Adalah menjadi satu kerugian jika kita membiarkannya hilang dan lenyap ditelan arus kemodenan. Tiada daerah lain di Johor yang mempunyai pengangkutan sebegini."

"Ia hanya ada di Muar," kata Mohd Ismail. – Bernama 

   2 comments

belstaff leather jacket
April 21, 2012   03:04 PM PDT
 
I like the writing structure of your blog and it does a pretty decent job of presenting the material.,961064,http://beritamuar.blogdrive.com/archive/165.html
MAWIWORLD
April 22, 2006   02:03 AM PDT
 
kesian nasib pakcik2 kita nie....miskin di dunia takpa pakcik..klu kita solat 5 waktu,kita kaya di akhirat..hidup di dunia ni kena sabar...Allah itu Maha Adil..amin....takbir!!!!!!!!

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments