Entry: Tiada perancangan punca banjir Sunday, April 16, 2006



Tiada perancangan punca banjir kilat

Oleh Norazan bin Mohd.Sharif

MUAR: Sikap mengabaikan dan tidak mengambilkira kesan alam sekitar oleh pemilik dan kontaktor sebuah projek pembangunan industri di batu 7 1/2, Jalan Bakri - Yong Peng, Muar telah menyebabkan sekurang-kurangnya tiga buah kilang ditengelami banjir kilat pada petang Ahad yang lalu.

Hujan yang bermula dari pukul 3.50 petang dan berlanjutan selama dua jam itu telah menyebabkan beberapa mesin dan produk yang masih di dalam proses pengeluaran menjadi rosak atau separa rosak.

Beberapa pekerja syarikat terbabit yang sedang bercuti dan tinggal berhampiran telah dipanggil untuk membantu menyelamatkan peralatan dan barangan yang berharga.

Pengarah Urusan Hak Hwee Sdn.Bhd., Tan Hup Lian, berkata kejadian banjir ini merupakan kejadian ketiga di dalam tempoh sebulan. Kejadian pertama berlaku pada 31 Mac manakala kejadian kedua berlaku pada 6 Mac yang lalu. Pihak syarikat telah membuat laporan polis bagi kedua-dua kejadian terdahulu selain aduan di Majlis Perbandaran Muar dan Pejabat Tanah Muar.

Berdasarkan siasatan awal yang dilakukan oleh pihak syarikat, banjir dipercayai berlaku akibat kegagalan pemilik dan kontraktor projek perindustrian bersebelahan mengambilkira kesan alam sekitar semasa membuat perancangan projek tersebut.

Ketiadaan sistem perparitan yang sempurna dan penambahan ketinggian aras tanah projek sekurang-kurangnya satu meter lebih tinggi dari aras tanah kilang yang berhampiran dipercayai menjadi punca kejadian banjir tersebut. Ini kerana sistem perparitan sedia ada tidak mampu menampung aliran tanah dan lumpur yang datang dari projek tersebut

Apa yang dikesali ialah pihak yang berkenaan masih gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut walaupun ia telah beberapa kali berulang. Keadaan yang tiada kesudahan ini menerbitkan trauma dan tekanan perasaan kepada pihak pengurusan.

   1 comments

sham
July 6, 2006   02:26 PM PDT
 
OK LA....... BLEH TAHAN WEBSITE NI.... -ANAK BENTAYAN

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments