Entry: Muar Dilanda Ribut Friday, March 31, 2006



Muar Dilanda Ribut

Utusan Malaysia (31/3/2006)

Muar (Khamis): Di Muar, 242 rumah di kawasan penempatan Bukit Gambir dilaporkan rosak teruk termasuk beberapa bahagian bumbung tercabut.

Manakala 16 kawasan penempatan di daerah itu juga menerima kesan hujan lebat dan angin kencang termasuk 118 rumah kos rendah di Bandar Baru Bukit Gambir yang mengalami kerosakan teruk.

Lain-lain kawasan ialah Kampung Sawah Ring (29 rumah), Taman Seri Jaya (24), Taman Cempaka (20) dan Taman Mulia (25).

Turut terjejas, Kampung Parit Rabu (lima), Parit Jarum Laut (dua), Sengkang Batu 20, Lorong Haji Rahim (empat), Parit Kasim dan Batu 18 (tiga), Kampung Gentian, Parit Kerinchi dan Parit Ghani (masing-masing sebuah rumah).

Dua rumah di Kampung Sawah Ring ditenggelami air sedalam 0.3 meter. Airnya sehingga hari ini masih lagi belum surut ekoran kedudukan yang hampir dengan sawah padi.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments