Entry: Kilang perabot hangus Wednesday, March 29, 2006



Kilang perabot hangus

(Harian Metro 29/3/2006)

MUAR: Sebuah kilang perabot di Jalan Kebun Sayur, Bakri, kerugian lebih RM1 juta selepas musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu disedari pekerja kilang yang tinggal di asrama berdekatan kilang perabot berkenaan yang kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar.

Seorang pekerja kilang berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia menyedari kebakaran kilang majikannya selepas terbau asap ketika terjaga dari tidur.

“Saya lihat api sudah marak di bahagian belakang kilang dan terus mengejutkan rakan yang lain untuk menyelamatkan perabot yang sudah siap.

“Tidak banyak yang dapat kami selamatkan, mesin dan perabot yang sudah siap serta kayu tidak dapat diselamatkan kerana api marak dengan cepat,” katanya.

Sementara itu, pemilik kilang itu, Tien Boon Hua, 35, bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan pekerjanya dan berkata semua mesin membuat perabot musnah dalam kebakaran itu.

“Saya tidak tahu jumlah sebenar kerugian, tetapi menganggarkan ia lebih daripada RM1 juta kerana banyak mesin dan stok papan baru serta yang sudah siap diproses musnah,” katanya.

Menurutnya, kejadian yang sama turut menimpanya apabila kilang perabot lamanya di kawasan berdekatan turut musnah.

“Pada Jun 2004, kilang saya dekat tapak kilang sekarang juga musnah kerana kebakaran,” katanya.

Tiga jentera bomba dari balai Muar dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 5.10 pagi.

Bersama kekuatan seramai 18 anggota, operasi memadam yang diketuai Malley Salleh berjaya memadam kebakaran kira-kira 40 minit kemudian.

Punca sebenar kebakaran kilang yang terletak bersebelahan tapak pembuangan sampah itu masih disiasat.

   1 comments

Name
October 5, 2012   01:28 AM PDT
 
It does not follow that because we do not subsidize smoking, we should not regulate unhealthy activities. Costs and savings are not the only variable. The fact that obesity creates costs is merely an additional reason to regulate it, not the only one. The main reason is its danger to an individual. ,007797,http://beritamuar.blogdrive.com/archive/152.html

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments